KUCHING - Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerima kunjungan hormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud di Kuching, hari ini.
Kunjungan tersebut membincangkan isu pentadbiran dan pembangunan negara dengan tumpuan kepada Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Tun Wan Junaidi berkongsi pengalaman beliau di peringkat Persekutuan serta pandangan berkaitan sejarah dan pengurusan tuntutan MA63.
Datuk Mustapha ketika ditemui pemberita selepas kunjungan itu berkata beliau menghargai perkongsian tersebut yang membantu memperkukuh kefahaman serta penyelarasan tuntutan MA63 antara Kerajaan Persekutuan, Sabah dan Sarawak.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back