KUCHING — Sebuah bilik di Tingkat 3, sebuah bangunan di Taman Lee Ling, Matang, musnah dalam kebakaran, petang tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 1.42 petang.
Kebakaran melibatkan sebuah bilik berkeluasan kira-kira 10 x 10 kaki persegi di tingkat tiga bangunan berkenaan, dengan anggaran kemusnahan sekitar 30 peratus.
Kebakaran berjaya dikawal dan tidak merebak ke bahagian lain bangunan.
Tiada kecederaan dilaporkan dan punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back