KUCHING – Pelaksanaan Program Bas Sekolah Percuma di SJK Chung Hua No. 6 memberi kesan positif terhadap pengurangan kenderaan di Jalan Datuk Temenggung Tan Meng Chong, sekali gus mengurangkan kesesakan lalu lintas.
Pengerusi Program Bas Sekolah Percuma, See Chee How, berkata data projek perintis menunjukkan bilangan kenderaan berkurang sehingga 60 peratus, pada waktu pengambilan dan penghantaran pelajar.
Ujarnya, dengan lebih ramai pelajar mendaftar menggunakan bas sekolah tahun ini, aliran trafik di laluan itu dijangka lebih lancar.
Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Program Bas Sekolah Percuma dan Bilik Darjah Pintar di SJK Chung Hua No. 6, Kuching, hari ini.
Majlis tersebut disempurnakan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back