• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

12 January 2026 | 06:30 PM

23,042 Kanak-Kanak Sarawak Mulakan Alam Prasekolahan, 35 Kelas Baharu Diwujudkan

Kuching – Seramai 23,042 kanak-kanak di Sarawak memulakan perjalanan alam prasekolahan hari ini.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS), Omar Mahli berkata, jumlah tersebut menunjukkan sambutan yang menggalakkan terhadap pendidikan prasekolah di negeri ini.

Menurut beliau, sebanyak 35 buah kelas prasekolah baharu telah diwujudkan di Sarawak, selaras dengan inisiatif Menteri Pendidikan untuk memperluaskan akses pendidikan prasekolah di seluruh negara.

Dengan pertambahan kelas baharu itu, jumlah keseluruhan kelas prasekolah di Sarawak kini mencecah 1,552 kelas yang beroperasi di 1,142 institusi pendidikan di seluruh negeri.

Istimewanya di Sarawak, terdapat empat buah kelas prasekolah yang diwujudkan di rumah panjang bagi memastikan kanak-kanak di kawasan pedalaman turut mendapat akses kepada pendidikan awal.

Untuk rekod, seramai 208,583 murid sekolah rendah meneruskan persekolahan hari ini di 1,266 buah sekolah seluruh negeri.

Sementara itu, di peringkat menengah pula, seramai 190,019 murid akan mengikuti pengajaran bermula dari kelas peralihan hingga Tingkatan Enam Atas.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada pembukaan sesi persekolahan baharu 2026 di SMK Petra Jaya, Kuching, hari ini.

#BilikBeritaCats #Catsfm #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok