• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

12 January 2026 | 06:28 PM

28 Sekolah Di Sarawak Tidak Dapat Beroperasi Pada Hari Pertama Sesi Persekolahan 2026

Kuching - Sebanyak 28 buah sekolah di Sarawak tidak dapat beroperasi pada hari pertama sesi persekolahan baharu 2026, hari ini.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS), Omar Mahli berkata, keadaan itu berikutan situasi banjir yang melanda beberapa kawasan di negeri ini.

Menurut beliau, pada asalnya terdapat 26 buah sekolah yang memaklumkan tidak dapat beroperasi semalam.

Namun disebabkan pemakluman pada saat akhir, terdapat pertambahan dua lagi sekolah yang tidak dapat beroperasi hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 28 buah sekolah.

Sehubungan itu, pihak JPNS telah mencadangkan agar sekolah-sekolah terbabit melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Tambahan pula, minggu pertama persekolahan adalah bagi sesi suai kenal serta pembelajaran berbentuk ‘fun learning’ sebagai pelaksanaan minggu pertama persekolahan.

Beliau berkata demikian semasa ditemui media pada pembukaan sesi persekolahan baharu 2026 di SMK Petra Jaya, Kuching, hari ini.

Dalam perkembangan sama, setakat ini tiada sebarang laporan kerosakan diterima daripada sekolah-sekolah yang terjejas.

Pihak JPNS juga telah membuat persiapan awal dengan mengingatkan pihak sekolah, supaya memastikan aset sekolah diletakkan di tempat yang tinggi bagi mengelakkan kerosakan yang lebih teruk.

#BilikBeritaCats #Catsfm #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok