SERIAN - Dua lelaki cedera selepas pacuan empat roda yang dinaiki terbabas ke sebelah kiri jalan lalu terjunam ke dalam gaung sejauh 30 meter di Kampung Ensebang Padang Billion, Jalan Serian - Simunjan, malam tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan kendiri itu sekitar jam 9.30 malam.
Akibat kemalangan itu, seorang mangsa mengalami patah kaki manakala seorang lagi cedera ringan.
Kedua-dua mangsa diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk rawatan lanjut.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back