Kuala Lumpur - Harapan beregu lelaki utama negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik, untuk menamatkan kemarau kejuaraan Malaysia di Terbuka Malaysia tidak kesampaian apabila tewas di pentas final hari ini, 11 Januari.
Beraksi di Axiata Arena, Bukit Jalil, pasangan pilihan kedua dunia itu akur 15-21, 21-12, 18-21 kepada gandingan pilihan utama dan juara bertahan dari Korea Selatan, Kim Won Ho–Seo Seung Jae, dalam perlawanan sengit selama satu jam enam minit.
Kekalahan ini melanjutkan penantian 12 tahun Malaysia untuk kejuaraan beregu lelaki di Terbuka Malaysia, dengan kemenangan terakhir dicatat pada 2014. Ia juga menandakan kekalahan ketujuh Aaron–Wooi Yik di pentas Super 1000.
Juara membawa pulang USD107,300, manakala naib juara menerima USD50,750.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back