• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

26 December 2025 | 01:53 PM

Kes 1MDB - Mahkamah Tinggi Tolak Dakwaan Najib, RM2.3 Bilion Bukan Sumbangan Politik Saudi

Putrajaya - Mahkamah Tinggi menolak dakwaan Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa wang berjumlah RM2.3 bilion dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah sumbangan politik daripada keluarga diraja Saudi.

Perkara itu selepas mendapati dana itu dipindahkan terus ke akaun peribadinya.

Keputusan itu disampaikan oleh Datuk Collin Lawrence Sequerah, yang ketika itu Hakim Mahkamah Tinggi dan kini merupakan Hakim Mahkamah Persekutuan, sewaktu membacakan penghakiman dalam kes Najib berhubung 1MDB bernilai RM2.3 bilion.

Dalam penghakimannya, hakim Sequerah berkata tiada resit dikeluarkan oleh kerajaan atau mana-mana parti politik yang mengakui penerimaan wang tersebut.

Kata hakim, tiada juga bukti pengakuan rasmi oleh kerajaan atau mana-mana parti politik kepada penderma yang didakwa, mahupun oleh tertuduh sendiri.

Selain itu, surat sumbangan Arab yang didakwa ditujukan ke kediaman peribadi tertuduh dan bukannya ke alamat rasmi atau parti.

Beliau menegaskan bahawa tiada rekod rasmi atau minit oleh tertuduh mengenai sumbangan yang didakwa itu, mahupun bukti yang mengaitkan penderma keluarga diraja itu dengan sumbangan politik yang sah.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok