• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

24 December 2025 | 07:05 AM

Krisis Kemanusiaan di Gaza Kekal Meruncing, 1.6 Juta Terjejas

Istanbul - UNRWA melaporkan rakyat Palestin di Semenanjung Gaza terus menghadapi krisis kemanusiaan yang meruncing walaupun gencatan senjata telah berlangsung lebih dua bulan.

Menurut agensi PBB itu, keluarga-keluarga di Gaza masih menderita akibat kekurangan bekalan dan kemusnahan meluas, dengan seramai 1.6 juta orang berdepan masalah ketakjaminan makanan yang akut.

Ketua Pesuruhjaya UNRWA, Philippe Lazzarini, menegaskan Gaza kekal dalam krisis kebuluran buatan manusia, sementara pasukannya terus bekerja menyokong keluarga terjejas, termasuk mangsa perpindahan.

Sejak gencatan senjata berkuat kuasa pada 10 Oktober, hanya 244 trak bantuan kemanusiaan memasuki Gaza setiap hari berbanding 600 trak yang dipersetujui, manakala purata truk bahan api hanya lima sehari daripada 50 yang ditetapkan, menunjukkan pematuhan tidak melebihi 41 peratus.

Pejabat Media Kerajaan Gaza turut melaporkan 875 pelanggaran gencatan senjata oleh tentera Israel, menyebabkan 411 maut dan 1,112 cedera, memperlihatkan kesan konflik yang masih berterusan ke atas penduduk awam.

Sumber: BERNAMA-ANADOLU

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok