• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

24 December 2025 | 06:57 AM

Greta Thunberg Ditahan di London Sokong Mogok Lapar Palestine Action

London - Aktivis terkenal Sweden, Greta Thunberg, ditahan polis semasa satu protes di London bagi menyokong tahanan yang mengadakan mogok lapar dikaitkan dengan kumpulan Palestine Action.

Thunberg, 22 tahun, ditahan di luar pejabat Aspen Insurance kerana memegang sepanduk bertulis “Saya menyokong tahanan Palestine Action. Saya menentang genosid,” di bawah Seksyen 13 Akta Keganasan 2000.

Beberapa aktivis lain turut disiasat selepas menyembur cat merah pada bangunan berkenaan.

Protes berlaku di tengah kritikan terhadap kerajaan Britain berhubung keadaan enam tahanan Palestine Action yang mogok lapar sejak November.

Kumpulan berkenaan diharamkan pada Julai selepas menceroboh pangkalan tentera dan merosakkan pesawat bernilai jutaan pound.

Pelapor Khas PBB, Francesca Albanese, mengkritik tindakan kerajaan UK, manakala pemimpin Parti Hijau, Zack Polanski, menyifatkan penahanan Thunberg sebagai serangan terhadap protes aman dan hak asasi manusia.

Sumber: BERNAMA-ANADOLU

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok