• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

24 December 2025 | 05:53 AM

KPDN Laksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Sempena Krismas 2025

Kuching - Menjelang sambutan Hari Krismas pada 25 Disember 2025, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) kini melaksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) mulai semalam 23 Disember hingga 27 Disember ini.

Skim selama lima hari ini merangkumi dua hari sebelum Krismas, satu hari semasa perayaan, dan dua hari selepas perayaan, bertujuan memastikan harga barangan keperluan utama kekal terkawal.

KPDN telah mengenal pasti 14 jenis barangan yang dikawal, termasuk ayam tua hidup, kepak ayam, daging kambing import, babi hidup, daging babi bahagian perut dan lemak, serta sayur-sayuran import seperti kubis bulat, lobak merah, tomato, lada benggala hijau, cili merah, ubi kentang, bawang merah besar dan bawang kuning besar.

Kawalan harga berbeza mengikut negeri, antaranya Sarawak, Sabah, W.P Labuan dan Semenanjung.

Penguatkuasaan skim tersebut membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang melanggar had harga ditetapkan, sekali gus melindungi kepentingan pengguna sepanjang musim perayaan.

Orang ramai dinasihatkan untuk memantau harga barangan keperluan dan melaporkan sebarang penyalahgunaan kepada KPDN bagi memastikan harga tetap adil.

Sumber: fb KPDN Laman Rasmi

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok