Kuala Lumpur - Ranking bola sepak negara terus menerima tamparan apabila Harimau Malaya jatuh lima anak tangga ke kedudukan ke-121 dunia dalam senarai terbaharu yang dikeluarkan FIFA.
Dalam kenyataan terbaru, Malaysia kini mengumpul 1,145.9 mata, susulan tindakan FIFA membatalkan tiga keputusan perlawanan sebelum ini, dua kemenangan ke atas Singapura dan Palestin, serta satu keputusan seri menentang Cape Verde, selepas didapati menurunkan pemain yang tidak layak.
Berikutan itu, FIFA mengisytiharkan Malaysia kalah 0-3 dalam ketiga-tiga aksi berkenaan, selain Persatuan Bolasepak Malaysia turut dikenakan denda sebanyak CHF10,000 atau kira-kira RM51,000.
Keputusan itu bukan sahaja memberi kesan besar terhadap ranking negara, malah turut meningkatkan tekanan terhadap usaha memperbaiki prestasi dan kredibiliti bola sepak tanah air di pentas antarabangsa.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back