• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

20 December 2025 | 08:35 AM

Kaul Mukah 2026: 27 April Hingga 3 Mei, Kaul Seraheng Kakan 25 April

Mukah - Acara ikonik Kaul Mukah 2026 akan berlangsung di Tapak Kaul Pantai Kala Dana Mukah dari 27 April hingga 3 Mei, manakala Kaul Seraheng Kakan akan diadakan lebih awal pada 25 April.

Demikian menurut keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Kaul Mukah 2026 Bil. 1 yang diadakan di Pusat Pentadbiran Kerajaan Sarawak (Bahagian Mukah) pada Jumaat, 19 Disember.

Mesyuarat yang dipengerusikan ADUN Balingian merangkap Presiden Persatuan Melanau Mukah (PMM), Abdul Yakub Arbi, menetapkan pengelola serta perancangan awal penganjuran Kaul Mukah 2026.

Kaul Seraheng Kakan akan menampilkan ritual Kaul asal, menekankan nilai tradisi dan adat masyarakat Melanau melalui perarakan Seraheng Kakan menggunakan perahu dari Sungai Tellian ke Muara Batang Mukah menuju Tugek Kala Mukah.

Ritual tersebut akan dikendalikan sepenuhnya oleh Jawatankuasa Tetap Kaul Asal (JKTeKA) yang dipengerusikan Penghulu Kampung Tellian.

Turut hadir semasa mesyuarat ialah ADUN Tellian Royston Valentine serta Timbalan Residen Bahagian Mukah, Shafrie Saili.

Sumber: UKAS

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok