Sibu - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia melalui JPJ Sarawak melancarkan Ops Krismas 2025 di Terminal Bas Sibu, sebagai langkah proaktif memperkukuh penguatkuasaan dan advokasi keselamatan jalan raya sempena musim perayaan.
Majlis pelancaran disempurnakan oleh Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ Malaysia, Dato’ Muhammad Kifli bin Ma Hassan, dengan kehadiran Pengarah JPJ Sarawak, Norizan bin Jili, serta kerjasama strategik bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).
Operasi tersebut memberi penekanan kepada keselamatan jalan raya dan kelancaran perjalanan pengguna, termasuk memastikan kenderaan berada dalam keadaan selamat serta perjalanan dirancang secara berhemah.
JPJ Sarawak menegaskan komitmen untuk mempergiatkan penguatkuasaan dan program advokasi demi mengurangkan risiko kemalangan sepanjang musim perayaan Krismas.
Orang ramai dinasihatkan mematuhi peraturan lalu lintas, memeriksa keadaan kenderaan dan mengutamakan keselamatan ketika melakukan perjalanan.
Sumber: fb JPJ Negeri Sarawak
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back