Kuala Lumpur - Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Mordi Bimol, menzahirkan rasa bangga dan gembira dengan pencapaian kontinjen Malaysia di Sukan SEA 2025 di Thailand yang berjaya mencapai sasaran 200 pingat, menjadikannya suntikan semangat untuk terus memperkukuh pembangunan sukan negara menjelang Sukan Komanwel dan Sukan Asia tahun depan.
Beliau berkata, sebagai wakil baharu dalam Kementerian Belia dan Sukan (KBS), tanggungjawab untuk memacu kecemerlangan sukan akan digalas dengan penuh amanah dan komitmen.
“Sudah tentu itu adalah tanggungjawab saya sebagai orang baharu dalam KBS, jadi kami akan pikul tanggungjawab itu dengan penuh amanah,” katanya selepas menyambut kepulangan atlet Sukan SEA 2025 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur semalam.
Setakat jam 10 malam tadi, kontinjen negara mengutip 56 emas, 57 perak dan 116 gangsa, menjadikan keseluruhan 229 pingat, kutipan terbanyak Malaysia pada Sukan SEA di luar Kuala Lumpur sejak edisi Korat, Thailand 2007.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back