Kuala Lumpur - Tiada wakil Malaysia akan beraksi di separuh akhir acara beregu lelaki Kejohanan Jelajah Dunia Akhir BWF 2025 selepas pasangan Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun gagal menamatkan saingan peringkat kumpulan.
Di Pusat Sukan Olimpik Hangzhou China, Aaron-Wooi Yik tewas kepada pasangan India, Chirad Shetty-Satwiksairaj Rankireddy, 21-17, 18-21, 15-21 dalam perlawanan berlangsung sejam 10 minit, sekaligus menamatkan saingan Kumpulan B di tempat ketiga.
Wei Chong-Kai Wun turut menemui nasib sama apabila tunduk kepada beregu nombor satu dunia dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Sung Jae, 25-23, 21-14, 19-21, sekaligus menamatkan saingan Kumpulan A di tempat ketiga.
Bagaimanapun, Malaysia masih mempunyai wakil meneruskan perjuangan ke separuh akhir, termasuk juara dunia beregu campuran Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dan pemenang pingat emas beregu wanita Sukan SEA Thailand, Pearly Tan-M. Thinaah.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back