• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

20 December 2025 | 05:54 AM

Rangkuman Hari Ke-10, Malaysia Pamer Aksi Gemilang, 56 Emas dan Pintas Singapura

Bangkok - Kontinjen Malaysia terus menggegar pentas Sukan SEA 2025 apabila mencatat 56 pingat emas setakat ini, sekali gus melakar pulangan terbaik dalam tempoh enam tahun sejak edisi Filipina 2019 yang menyaksikan 55 emas dibawa pulang.

Pencapaian itu hadir sehari selepas negara mencapai sasaran 200 pingat keseluruhan, dan kini jumlah terkini mencecah 229 pingat – merangkumi 56 emas, 57 perak dan 116 gangsa – setakat jam 10 malam waktu tempatan.

Jumlah tersebut turut memecah rekod di luar Kuala Lumpur, mengatasi pencapaian 216 pingat pada edisi 2007 di Korat, Thailand.

Kejayaan terbaharu itu melonjak Malaysia satu anak tangga dalam carta kedudukan pingat untuk berada di tempat keempat, memintas Singapura yang mengumpul 52 emas, 60 perak dan 86 gangsa.

Tuan rumah Thailand berada di landasan kukuh untuk muncul juara keseluruhan dengan kutipan 232 emas, jauh mendahului pencabar terdekat Indonesia (91 emas) dan Vietnam (86 emas).

Hari ke-10 temasya semalam menyaksikan Malaysia menambah 10 lagi emas, termasuk dua masing-masing daripada sukan skuasy, hoki padang dan terjun, selain sumbangan emas daripada menembak, berbasikal trek, boling dan ekuestrian polo.

Tumpuan hari terakhir hari ini bakal terarah kepada skuad sepak takraw negara dalam acara regu lelaki dan wanita, yang berentap menentang Indonesia dalam misi menempah slot ke pentas final di Gimnasium Stadium Nakhon Pathom.

Sukan SEA 2025 berlangsung dari 9 hingga 20 Dis, melibatkan dua lokasi penganjuran utama iaitu Bangkok dan Chonburi.

Sumber: BERNAMA

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok