SIBURAN - Bidang pendidikan terus diberi penekanan utama di Kawasan Mambong, selain pembangunan infrastruktur serta penyediaan kemudahan asas.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mambong, Datuk Dr Jerip Susil, berkata beliau turut menyokong penuh bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) untuk dijadikan asas penting dalam usaha membangunkan Sarawak ke arah negeri berteknologi tinggi dan berdaya saing pada masa hadapan.
Beliau yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan Udara dan Jalan Sarawak berkata demikian ketika berucap pada Majlis Apresiasi Murid 2025 Sekolah Kerajaan St Alban Duras di Siburan, hari ini.
Sumber: Unit Komunikasi Awam Sarawak - UKAS
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back