SERIAN – Seramai 26 penghuni terjejas selepas empat buah rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Murud Plaman, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.59 pagi itu, tiga buah rumah dilaporkan terbakar hampir 90 peratus, manakala sebuah lagi rumah berjaya diselamatkan dengan tahap kerosakan dianggarkan hanya lima peratus.
Kesemua penghuni bagaimanapun dilaporkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Punca kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan pihak berkuasa.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back