Kuala Lumpur - FIFA mengisytiharkan Malaysia kalah 0-3 bagi tiga Perlawanan Antarabangsa Tier 1 melibatkan skuad Harimau Malaya dan mengenakan denda CHF10,000 (RM51,414) selepas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) didapati menurunkan pemain tidak layak.
Tiga perlawanan terbabit ialah menentang Cape Verde (29 Mei, seri 1-1), Singapura (4 Sept, menang 2-1) dan Palestin (8 Sept, menang 1-0).
Jawatankuasa Tatatertib FIFA mendapati FAM melanggar Artikel 19 Kod Tatatertib FIFA 2025, selain kes sebelum ini melibatkan tujuh pemain warisan yang menyebabkan FAM didenda CHF350,000 dan pemain digantung 12 bulan.
FAM mengesahkan akan memohon alasan bertulis daripada FIFA sebelum menentukan langkah seterusnya, termasuk rayuan di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back