Kuala Lumpur - Sebanyak tujuh menteri, termasuk dua lantikan baharu, dan lapan timbalan menteri mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Istana Negara, susulan rombakan Kabinet Kerajaan MADANI.
Istiadat pagi tadi yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berlangsung di Singgahsana Kecil, merangkumi lafaz ikrar sumpah jawatan, taat setia, sumpah simpan rahsia serta penandatanganan dokumen rasmi pelantikan yang disaksikan Ketua Hakim Negara Datuk Seri Wan Ahmad Farid Wan Salleh.
Antara menteri yang mengangkat sumpah ialah Datuk Seri Arthur Joseph Kurup (Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam), Datuk Seri Dr Noraini Ahmad (Menteri Perladangan dan Komoditi), Datuk Seri R. Ramanan (Menteri Sumber Manusia), Akmal Nasrullah Mohd Nasir (Menteri Ekonomi), Datuk Mustapha Sakmud (Menteri di JPM Sabah & Sarawak, lantikan baharu), Dr Zulkifli Hasan (Menteri di JPM Hal Ehwal Agama), dan Dr Mohammed Taufiq Johari (Menteri Belia dan Sukan, lantikan baharu).
Sementara itu, lapan timbalan menteri baharu termasuk Sim Tze Tzin (Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri) dan Datuk Mohd Shahar Abdullah (Timbalan Menteri Ekonomi).
Istiadat diakhiri dengan sesi bergambar barisan menteri dan timbalan menteri bersama Seri Paduka sebelum meninggalkan Istana Negara.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back