• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

17 December 2025 | 02:51 PM

JPN-Kerakyatan: Tiada Perubahan Dasar MyKad, Isu Dua Kewarganegaraan Ikut Perlembagaan

Kuala Lumpur - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menegaskan tiada perubahan dasar atau tindakan automatik terhadap pemegang MyKad berhubung isu individu yang memiliki dua kewarganegaraan, dengan penjelasan bahawa sebarang pelucutan kewarganegaraan hanya dilakukan secara sukarela atau berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

JPN dalam kenyataan hari ini menegaskan, istilah “mempertimbang syor” bukan bermaksud wujud perubahan dasar, sebaliknya merujuk kepada opsyen pelucutan kewarganegaraan yang dijalankan secara berhemah, adil dan mengikut undang-undang.

Menurut kenyataan itu, setiap kes dinilai berdasarkan fakta dan kelulusan pihak berkuasa, manakala keputusan muktamad tertakluk kepada kuasa kerajaan melalui Menteri Dalam Negeri.

Tambahnya, penjelasan tersebut dikeluarkan susulan penularan klip berita di media sosial yang menafsirkan kenyataan Ketua Pengarah JPN, Datuk Badrul Hisham Alias, di luar konteks sebenar.

Sumber: BERNAMA 

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok