• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

17 December 2025 | 02:39 PM

Yang Dipertuan Agong Nasihat Jemaah Menteri Bekerja Demi Rakyat

Kuala Lumpur - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menasihatkan Jemaah Menteri supaya melaksanakan amanah pemerintahan dengan penuh integriti dan sentiasa mendahulukan kepentingan rakyat dalam setiap dasar serta tindakan kerajaan.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi hari ini, Seri Paduka menegaskan bahawa kesejahteraan rakyat, kestabilan negara dan kemakmuran ekonomi perlu menjadi fokus utama pentadbiran, sejajar dengan prinsip tadbir urus yang baik.

Baginda turut menekankan kepentingan semangat kerja berpasukan dalam kalangan menteri dan timbalan menteri bagi memastikan pentadbiran yang cekap dan efektif, selain menyeru mereka untuk turun padang bagi mendengar suara serta keperluan rakyat secara lebih dekat.

Terdahulu, Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan, Setia dan Sumpah Simpan Rahsia oleh menteri dan timbalan menteri Persekutuan di Istana Negara, yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Sumber: BERNAMA 

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok