• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

17 December 2025 | 02:23 PM

KKM Perkasa Akses Kesihatan Orang Asli Selari Agenda Reformasi Kesihatan RMK13

Kuala Lumpur - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) komited memperkasa akses dan kesaksamaan perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat Orang Asli selaras agenda Reformasi Kesihatan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Demikian menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib ketika menjawab Pertanyaan Lisan di Dewan Negara hari ini berhubung pelan tindakan khas kesihatan Orang Asli.

Tegasnya, usaha itu bertujuan memastikan masyarakat berkenaan menerima perkhidmatan kesihatan setara dengan populasi umum.

Menurut beliau, RMK13 memberi penekanan kepada pengukuhan ekosistem penyampaian perkhidmatan kesihatan, promosi dan sekuriti kesihatan serta pendekatan merentas sektor yang inklusif, termasuk pengarusperdanaan prinsip Health in All Policies yang mengambil kira faktor penentu kesihatan seperti pendidikan, ekonomi, perumahan, pemakanan dan persekitaran.

Justeru katanya, seiring hala tuju nasional itu, KKM kini memuktamadkan Pelan Strategik Penentu Sosial Kesihatan Orang Asli 2025–2035 yang dibangunkan menerusi pendekatan ‘whole-of-government’ dan ‘whole-of-society’ dengan penglibatan 17 kementerian dan agensi termasuk Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).

Jelasnya, pelan berkenaan akan menjadi pelan tindakan khas kesihatan Orang Asli bagi menyokong pelaksanaan RMK13, dengan fokus meningkatkan akses dan kesaksamaan perkhidmatan kesihatan berasaskan penentu sosial ke arah aspirasi “Orang Asli Sihat, Maju Jaya berteraskan Budaya dan Kelestarian Alam Sekitar.”

Sumber: fb Hanifah Hajar Taib

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok