• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

17 December 2025 | 11:46 AM

252 Kanak-Kanak TABIKA dan TASKA PERMATA KEMAS Parlimen Petra Jaya Diraikan

KUCHING - Seramai 252 kanak-kanak diraikan pada Majlis Apresiasi Kanak-Kanak TABIKA dan TASKA PERMATA KEMAS Parlimen Petra Jaya 2025 di Wisma Sabati, pagi ini.

Kesemua kanak-kanak berkenaan melibatkan 32 TABIKA dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Samariang dan DUN Satok yang menerima sijil sempena penamatan pembelajaran prasekolah bagi Sidang Pertama.

Majlis apresiasi tersebut disempurnakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Persekutuan-Negeri), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Sementara itu, Sidang Kedua majlis berkenaan dijadualkan melibatkan seramai 205 kanak-kanak daripada empat TASKA dan 18 TABIKA di kawasan DUN Tupong dan DUN Samariang.

Majlis itu diadakan bagi meraikan kanak-kanak yang berjaya menamatkan pembelajaran prasekolah serta memberi galakan dan motivasi kepada mereka sebelum melangkah ke Tahun Satu.

Selain penyampaian sijil, majlis tersebut turut menyaksikan penyampaian Anugerah Kanak-Kanak Cemerlang serta Anugerah Alpha Gen Talents @ KEMAS bagi acara Nasyid dan Huffaz Cilik.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok