• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

17 December 2025 | 11:37 AM

DBKU Perhebat Persiapan Banjir, Tingkatkan Kekerapan Penyelenggaraan Sistem Saliran

Kuching - Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) memperhebatkan persiapan banjir dengan meningkatkan kekerapan penyelenggaraan sistem saliran serta menjalankan lawatan susulan menjelang musim hujan hujung tahun.

Datuk Bandar Dato Hilmy Othman berkata pemantauan mendapati saliran utama di sekitar bandaraya Kuching berada dalam keadaan bersih dan terkawal, tanpa halangan seperti sampah, menunjukkan keberkesanan penyelenggaraan sepanjang tahun.

Katanya, DBKU juga akan menumpukan lawatan susulan ke kawasan berisiko rendah dan ‘hotspot’ banjir termasuk Sungai Berdaun, Sungai Batu ke Sendubong, Sungai Maung, kawasan Green Road, sekitar Hospital Umum Sarawak dan kawasan rendah seperti Gita Laut.

Beliau menyatakan perkara itu ketika ditemui pemberita selepas melakukan lawatan tapak bagi meninjau keadaan sistem saliran utama di kawasan Bandaraya Kuching pada Selasa, 16 Disember.

Dato Hilmy menambah jika menerima peruntukan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13, DBKU bercadang melaksanakan penambahbaikan menyeluruh sistem saliran di kawasan Bandar Lama Kuching termasuk Carpenter Street dan Waterfront, dengan sasaran penggunaan penuh peruntukan untuk memastikan projek berkaitan saliran dapat dilaksanakan lebih efektif tahun depan.

Sumber: UKAS

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok