• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

17 December 2025 | 11:11 AM

KKM Komited Pastikan Bekalan Makanan Selamat untuk Rakyat

Kuala Lumpur - Timbalan Menteri Kesihatan Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib menegaskan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa memantau keselamatan makanan termasuk daging, ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan di pasar awam serta pasaran runcit bagi memastikan makanan yang dibekalkan kepada pengguna selamat dan mematuhi piawaian ditetapkan.

Katanya, pemantauan dijalankan melalui Program Pensampelan Makanan berasaskan risiko sepanjang tahun di pintu masuk negara dan pasaran tempatan, termasuk pengesanan bakteria patogen seperti Salmonella dan E. coli, logam berat, residu dadah veterinar dan racun perosak.

Jelasnya, dari Januari hingga September 2025, daripada 3,220 sampel dianalisis, 183 sampel (5.7%) didapati tidak mematuhi Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Datuk Rosni Sohar pada sesi Pertanyaan Lisan di Dewan Negara hari ini.

Menurut Dato Hanifah, bagi produk import yang tidak mematuhi peraturan, tindakan termasuk penarikan balik, pelupusan, eksport semula dan pendakwaan, manakala produk domestik tertakluk kepada penarikan balik, pelupusan dan tindakan pendakwaan.

Tambahnya, KKM turut bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Jabatan Pertanian dan Jabatan Perikanan bagi memastikan keselamatan makanan di sepanjang rantaian bekalan.

Justeru orang ramai digalakkan mengamalkan langkah keselamatan dalam pemilihan dan penyediaan makanan serta menyalurkan aduan berkaitan keselamatan makanan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA).

Sumber: fb Hanifah Hajar Taib

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok