Los Angeles - Mark Chavez, seorang bekas doktor yang terlibat dalam kematian pelakon Friends, Matthew Perry, dijatuhi hukuman lapan bulan tahanan rumah serta 300 jam khidmat masyarakat selepas mengaku bersalah membekalkan dadah secara haram kepada pelakon itu, lapor Xinhua.
Chavez, bersama bekas doktor Salvador Plasencia yang sebelum ini dihukum penjara dua setengah tahun, mengaku berpakat menipu pembekal ketamin perubatan untuk mengedarkan dadah kepada Perry demi keuntungan.
Matthew Perry, terkenal menerusi watak Chandler Bing dalam siri popular Friends, meninggal dunia pada 28 Oktober 2023 di Los Angeles pada usia 54 tahun akibat overdosis ketamin.
Sumber: BERNAMA-XINHUA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back