Kuala Lumpur - Sebanyak tujuh menteri dan lapan timbalan menteri mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pagi ini susulan rombakan Kabinet Kerajaan MADANI’.
Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan pengangkatan sumpah jawatan, setia serta sumpah simpan rahsia berlangsung di Istana Negara, sehari selepas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan pelantikan dan pertukaran portfolio bagi mengisi kekosongan dan membuat penyesuaian dalam Kabinet.
Antara rombakan utama ialah pelantikan Datuk Seri Johari Abdul Ghani sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Hannah Yeoh sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), serta beberapa timbalan menteri dinaikkan pangkat termasuk Akmal Nasrullah Mohd Nasir sebagai Menteri Ekonomi dan Dr Mohammed Taufiq Johari sebagai Menteri Belia dan Sukan.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back