Kota Samarahan - Penduduk di Lorong Apt 2, berhampiran Jalan Datuk Mohammad Musa, kini hidup dalam kebimbangan selepas jalan utama di hadapan rumah mereka mendap lebih satu kaki akibat hakisan tanah.
Penolong Khas kepada Ahli Parlimen Stampin Chong Chieng Jen, Michael Kong Feng Nian dalam hantaran di Facebook rasminya berkata, masalah yang dilaporkan sejak 28 November 2025 itu masih belum mendapat tindakan konkrit daripada Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS), meskipun risiko keselamatan bagi penduduk dan pengguna jalan semakin meningkat.
Michael menekankan bahawa kegagalan infrastruktur sebegini tidak boleh dipandang ringan, dan menyeru pihak berkuasa menjalankan pemeriksaan tapak segera, menilai keselamatan, melaksanakan langkah mitigasi sementara, serta mempercepat kerja-kerja pembaikan kekal bagi mengelakkan kemungkinan tragedi.
Beliau menegaskan bahawa keselamatan awam harus menjadi keutamaan berbanding proses birokrasi, dan pihak berkuasa perlu bertindak proaktif sebelum sebarang kemalangan berlaku.
Sumber: fb Michael Kong Feng Nian
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back