Kuching - Rundingan komersial antara Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) berjalan lancar dan dijangka mencapai penyelesaian saling menguntungkan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Beliau berkata keputusan rundingan dijangka diketahui awal tahun hadapan, sambil menekankan pendekatan penyelesaian komersial lebih cepat berbanding tindakan undang-undang yang kompleks.
Fadillah menambah kedua-dua pihak perlu meneroka semua bidang kerjasama bagi memberi manfaat bukan sahaja kepada negara tetapi juga komuniti perniagaan, selaras dengan prinsip menang-menang.
Rundingan tersebut susulan deklarasi bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada 21 Mei lalu, yang menetapkan Petronas terus melaksanakan tanggungjawab di bawah Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA 1974) dan membina rangka kerja kerjasama dengan Petros.
Pejabat Perdana Menteri menegaskan semua undang-undang Persekutuan dan negeri yang berkaitan pengagihan gas di Sarawak perlu dihormati dan kedua-dua syarikat mesti bekerjasama secara telus dan berdaya maju bagi memajukan kepentingan negara.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back