• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

17 December 2025 | 09:27 AM

Projek Pembinaan Pusat Kanser Sarawak Dipercepat, Sasar Operasi Sebelum 2031

Kuching - Projek pembinaan Pusat Kanser Sarawak kini dipercepatkan susulan arahan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Jabatan Kerja Raya (JKR).

Menurut Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, tender projek dijangka dibuka pada suku pertama 2026 dan pembinaan bermula pada suku ketiga 2026, manakala operasi penuh dijangka sebelum 2031.

Beliau dalam hantaran di Facebook rasminya menjelasnkan, projek bernilai RM1.5 bilion itu akan menempatkan 310 katil dalam keluasan 154,498 meter persegi dan menjadi pusat kanser berdedikasi terbesar di Malaysia, iaitu sebahagian daripada Koridor Sarawak Health Metropolis di Samarahan yang mengintegrasikan penjagaan kesihatan, pendidikan tinggi, penyelidikan dan industri.

Katanya, kerajaan Sarawak menyokong pelaksanaan projek dengan memperuntukkan pinjaman RM1 bilion kepada kerajaan Persekutuan.

Dr Sim turut menekankan bahawa selain infrastruktur bertaraf dunia, cabaran utama ialah menarik dan mengekalkan pakar perubatan dan jururawat bagi menyediakan perkhidmatan sub-pakar seperti pusat jantung dan kanser.

Beliau merujuk pengalaman pembangunan Pusat Jantung Sarawak yang mengambil masa lebih dua dekad untuk diiktiraf antara 100 pusat jantung terbaik Asia Pasifik, sekali gus membuka laluan penubuhan cawangan satelit di hospital lain.

Tegasnya, tiada kompromi harus dibuat terhadap kualiti doktor dan pakar demi nyawa pesakit.

Sumber: fb Dr Sim Kui Hian

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok