• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

17 December 2025 | 09:11 AM

Ahli Parlimen Sarawak Terima Pelantikan Baharu Timbalan Menteri Susulan Rombakan Kabinet

Kuching - Beberapa Ahli Parlimen dari Sarawak dilantik dan disusun semula ke jawatan timbalan menteri utama, susulan rombakan Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, sekali gus memperkukuhkan peranan wakil negeri ini di peringkat Persekutuan.

Antara pelantikan baharu ialah Ahli Parlimen Mas Gading, Mordi Bimol yang dinamakan sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan serta Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man sebagai Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, menandakan pelantikan pertama mereka ke jawatan eksekutif Persekutuan.

Selain itu, Ahli Parlimen Sibuti, Dato Lukanisman Awang Sauni dipindahkan daripada Timbalan Menteri Kesihatan kepada Timbalan Menteri Luar Negeri, manakala Ahli Parlimen Mukah, Dato Hanifah Hajar Taib pula bertukar portfolio daripada Timbalan Menteri Ekonomi kepada Timbalan Menteri Kesihatan.

Ahli Parlimen Sarikei, Dato Sri Huang Tiong Sii turut dilantik sebagai Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi selepas sebelum ini berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam.

Perdana Menteri berkata, rombakan kabinet itu merupakan yang kedua sepanjang pentadbirannya dan dibuat bagi mengisi kekosongan jawatan serta memastikan kabinet berfungsi secara berpasukan dalam merancakkan pertumbuhan ekonomi dan menangani keperluan rakyat.

Sementara itu, portfolio menteri dan timbalan menteri Sarawak lain kekal tidak berubah, termasuk Datuk Amar Fadillah Yusof, Dato Sri Aaron Ago Dagang, Datuk Seri Nancy Shukri, Datuk Seri Tiong King Sing, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, Datuk Rubiah Wang, Datuk Hasbi Habibollah dan Wilson Ugak Kumbong.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok