• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

16 December 2025 | 04:09 PM

Hanifah Dilantik Timbalan Menteri Kesihatan Baharu

Putrajaya - Ahli Parlimen Mukah, Dato’ Hajjah Hanifah Hajar Taib dilantik sebagai Timbalan Menteri Kesihatan susulan rombakan Kabinet Kerajaan MADANI yang diumumkan hari ini.

Pelantikan itu menyaksikan Dato Hanifah bertukar portfolio daripada Kementerian Ekonomi ke Kementerian Kesihatan, namun kekal memegang jawatan Timbalan Menteri dalam pentadbiran Kerajaan MADANI.

Beliau dalam satu hantaran di Facebook rasmimnya hari ini merakamkan penghargaan kepada kepimpinan negara atas kepercayaan yang diberikan untuk menggalas amanah baharu tersebut.

Hanifah menegaskan komitmen beliau untuk melaksanakan tanggungjawab itu sebaik mungkin demi kesejahteraan rakyat dan negara, selari dengan aspirasi Kerajaan MADANI yang menekankan prinsip keadilan, kemampanan dan kesejahteraan menyeluruh.

Pada masa sama, beliau memberi jaminan bahawa khidmat bakti kepada rakyat Mukah akan terus menjadi keutamaan selaras peranannya sebagai wakil rakyat.

Pada masa sama Ahli Parlimen Mukah itu juga berharap dapat memperkukuh usaha Kementerian Kesihatan dalam meningkatkan sistem kesihatan negara serta memastikan akses perkhidmatan kesihatan yang berkualiti kepada seluruh rakyat.

Sumber: fb Hanifah Hajar Taib

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok