SERIAN - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Serian melaksanakan Ops Gempur Kenderaan Perdagangan / Ops Harian di sekitar Jalan Kuching–Serian dan Jalan Outering Samarahan pada Isnin 15 Disember bagi memastikan pematuhan undang-undang jalan raya.
Sepanjang operasi, 72 kenderaan perdagangan dan persendirian diperiksa, dengan beberapa kesalahan dikesan termasuk pemandu tanpa lesen sah, muatan berbahaya, serta pelbagai kesalahan teknikal kenderaan.
JPJ Serian menegaskan operasi penguatkuasaan akan diteruskan secara berterusan sebagai langkah proaktif untuk meningkatkan keselamatan jalan raya dan memastikan semua pengguna mematuhi peraturan yang ditetapkan.
Sumber: fb JPJ Negeri Sarawak
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back