• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

16 December 2025 | 10:57 AM

Projek Pembangunan Semula SK Kg Senau Siap, Tingkat Kemudahan Pendidikan Dalat

Dalat - Projek pembangunan semula Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Senau, Dalat, Mukah di bawah inisiatif pembinaan semula sekolah daif Sarawak kini siap sepenuhnya, sekali gus menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih selesa, selamat dan kondusif kepada murid-murid.

Majlis penyerahan projek siap retender itu diadakan pada Isnin 15 Disember, melibatkan Pakej 5A Fasa 2 di bawah peruntukan RM1 bilion, dengan kehadiran Jurutera Bahagian Mukah, Ts. Haji Awang Dasuki bin Haji Awang Dol, mewakili Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Mukah. Pakej projek berkenaan turut merangkumi pembangunan semula SK Kg Tebaang, Daro.

Projek bernilai RM6.01 juta itu bermula pada 18 Julai 2023 dan berjaya disiapkan pada 26 September 2025, melibatkan pembinaan sebuah blok pentadbiran empat tingkat, blok bilik pam, kerja cerucuk, mekanikal dan elektrikal, kerja luaran serta penyediaan perabot bina dalam.

JKR Sarawak menegaskan komitmen berterusan dalam memastikan projek pendidikan dilaksanakan mengikut spesifikasi dan piawaian ditetapkan, selaras usaha Kerajaan Sarawak memperkasa kemudahan pendidikan, khususnya di kawasan luar bandar.

Sumber: fb JKR Sarawak

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok