Miri - Polis menahan dua lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam kes curi basikal dalam satu operasi di kawasan Lutong awal pagi tadi.
Tangkapan kira-kira jam 12.25 pagi itu diketuai Ketua Polis Balai Miri, ASP Goldy Anak Jangan, bersama sepasukan anggota CPJ Balai Polis Pusat Miri.
Hasil pemeriksaan, polis turut merampas sebuah basikal yang dipercayai dicuri serta beberapa barangan milik suspek.
Kedua-dua suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Pusat Miri bagi membantu siasatan lanjut di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencuri.
Polis menegaskan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam jenayah dan menasihatkan orang ramai agar menyalurkan maklumat atau melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan bagi membantu usaha membanteras jenayah di Daerah Miri.
Sumber: fb Polis Daerah Miri
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back