• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

12 December 2025 | 11:03 AM

Erra Fazira Sah Bergelar Isteri Ezwan Zain

SHAH ALAM - Pelakon, penyanyi dan hos terkenal, Erra Fazira, sah diijabkabulkan dengan pilihan hatinya, Ezwan Zain atau "Mr E", pada jam 9.19 pagi tadi di Rinjani Majestic, Kampung Melayu Subang.

Selepas hampir 11 tahun hidup bersendirian dan bergelar ibu tunggal, Erra, 51, kini menemui pasangan hidup yang akan menjadi peneman setia. Ezwan, 44, seorang ahli perniagaan, sah bergelar suami dengan sekali lafaz dalam majlis yang dikendalikan oleh jurunikah Mohd Sabirin Noordin dari Majlis Agama Islam Selangor.

Erra menerima mas kahwin sepokok ufti bunga emas seberat 102 gram, selain set barang kemas, tas tangan, jam tangan dan kasut yang diletakkan di atas talam sebagai hantaran perkahwinan.

Majlis pernikahan akan disusuli persandingan untuk keluarga esok, manakala resepsi untuk kenalan dijadualkan pada 27 Disember.

Perkahwinan ini merupakan ikatan ketiga Erra Fazira. Sebelumnya beliau pernah berkahwin dengan pelakon dan vokalis KRU, Datuk Yusry Abdul Halim (berpisah 2006), dan kemudian dengan ahli perniagaan Engku Emran Engku Zainal Abidin, dikurniakan seorang cahaya mata, Engku Aleesya, 16, sebelum berpisah pada 2014.

Sumber: BERNAMA

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok