• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

12 December 2025 | 10:25 AM

Sarawak Dijangka Tarik Pelaburan RM20 Bilion, Kukuhkan Kedudukan Sebagai Ekonomi Hijau ASEAN

NANJING - Sarawak terus mengukuhkan kedudukannya sebagai hab ekonomi hijau terkemuka di ASEAN dengan potensi pelaburan dianggarkan mencapai USD7 bilion (kira-kira RM20 bilion) dalam tempoh 10 tahun akan datang melalui kerjasama strategik dengan pemain industri antarabangsa.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pelaburan itu dijana susulan tujuh Memorandum Persefahaman (MoU) antara Petroleum Sarawak Berhad (PETROS), China Jiangsu International Economic Technology Cooperation Group Ltd. (CJI), dan tujuh syarikat utama dari China yang berkomitmen menyertai pembangunan Kuching Low Carbon Hub (KLCH).

“Minat tinggi yang ditunjukkan syarikat-syarikat ini menunjukkan keyakinan mereka terhadap potensi KLCH sebagai hab industri rendah karbon bertaraf global. Pelaburan ini dijangka membuka peluang pekerjaan baharu, terutamanya untuk tenaga kerja berkemahiran tinggi, sejajar usaha meningkatkan pendapatan isi rumah,” katanya selepas menyaksikan majlis menandatangani Framework Agreement antara PETROS dan CJI, diikuti tujuh MoU antara PETROS, CJI dan syarikat pelaburan China di sini pada Khamis 11 Disember.

Abang Johari menambah suntikan pelaburan tersebut dijangka meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) Sarawak, menyokong sasaran RM282 bilion menjelang 2030.

Beliau turut menekankan bahawa kerjasama antara PETROS dan CJI merangkumi pembangunan modal insan, termasuk pemindahan ilmu, latihan teknikal, dan pembangunan bakat tempatan melalui program latihan industri dan kerjasama pendidikan.

“Kawasan Jiangsu mempunyai kepakaran teknikal yang luas. Kita boleh bekerjasama dalam bidang pendidikan, termasuk menghantar pelajar Sarawak sebagai pelatih industri pada tahun ketiga pengajian mereka, sebelum mereka diambil bekerja oleh industri ini apabila operasi bermula di Sarawak,” jelas beliau.

Majlis turut dihadiri oleh Datuk Ibrahim Baki (Timbalan Menteri Utiliti Sarawak), Tan Sri Datuk Amar (Dr) Hamid Bugo (Pengerusi PETROS), Dato Janin Girie (Ketua Pegawai Eksekutif PETROS), Song Qinbo (Pengerusi CJI) dan Zhu Xingbao (Presiden CJI).

Sumber: UKAS  

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok