• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

12 December 2025 | 09:56 AM

Kenderaan Terbabas ke Parit di Sri Aman, Tiada Kecederaan Dilaporkan

SRI AMAN - Seorang pemandu sebuah Perodua Viva selamat selepas kenderaan yang dipandunya terbabas ke dalam parit di KM 5 Jalan Sri Aman-Serian awal pagi tadi, menurut laporan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Menurut Ketua Operasi di lokasi kejadian PBK I Noor Faqriakmal Jamari, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 12:40 pagi sebelum bergegas ke lokasi dengan kekuatan anggota dan dua jentera, termasuk FRT Scania BME 7039 dan EMRS BMY 4446.

Pasukan bomba turut bekerjasama dengan anggota Agensi Pertahanan Awam (APM) yang tiba lebih awal.

Setibanya di lokasi, pihak bomba mendapati kemalangan merupakan kenderaan terbabas sendiri ke parit tepi jalan utama.

Mangsa telah keluar dari kenderaan sebelum ketibaan pasukan penyelamat dan dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Tiada operasi pengeluaran atau rawatan kecemasan dijalankan kerana keadaan dianggap selamat.

Sumber: fb Balai Bomba Sri Aman

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok