DALAT – Pokok rumbia bukan sekadar menghasilkan sago, malah berpotensi untuk dimanfaatkan sebagai sumber tenaga boleh baharu seperti hidrogen dan biojisim.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri berkata, pokok berkenaan mengandungi kandungan lembapan yang tinggi serta bahan organik yang boleh diproses untuk menghasilkan gas.
Menurut beliau, daripada proses penguraian biojisim secara terkawal, gas metana boleh dihasilkan dan seterusnya diproses untuk menghasilkan hidrogen serta karbon.
Hidrogen yang terhasil itu kemudiannya boleh digunakan sebagai sumber tenaga bersih.
Selain itu, sisa daripada pemprosesan pokok rumbia termasuk hampas sago juga boleh dimanfaatkan sebagai bahan biojisim untuk menghasilkan tenaga.
Biojisim tersebut boleh ditukar kepada bioarang dan apabila digabungkan dengan gas, ia boleh digunakan untuk menjana elektrik sekali gus menyumbang kepada penghasilan tenaga hijau.
Jika jumlah biojisim yang dihasilkan adalah besar, maka sisa-sisa tersebut boleh dimanfaatkan sebagai sumber tenaga berskala besar.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Perasmian Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS) Dalat, hari ini.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back