• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

29 November 2025 | 03:09 PM

KDN perkukuh pembangunan komuniti melalui projek kempung angkat MADANI

KOTA SAMARAHAN — Projek Kampung Angkat MADANI kini menjadi landasan penyelarasan strategik antara agensi-agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi memastikan pembangunan komuniti luar bandar dapat dilaksanakan secara lebih tersusun dan berimpak.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pendekatan bersepadu itu memastikan setiap agensi KDN mempunyai peranan jelas dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Katanya, kerajaan telah menyalurkan RM1 juta kepada setiap agensi KDN bagi memperkukuh pelaksanaan program merangkumi baik pulih infrastruktur, latihan komuniti, keselamatan setempat dan pembangunan modal insan.

Beliau berkata demikian semasa menyempurnakan Majlis Penyerahan Projek Kampung Angkat MADANI di Kampung Sindang Baru hari ini.

Datuk Seri Saifuddin menegaskan penyelarasan antara polis, penjara, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) dan lain-lain agensi di bawah KDN mewujudkan ekosistem komuniti yang lebih selamat, tersusun dan progresif.

Beliau turut menyentuh peranan penting JPPM yang mengurus lebih 200,000 pertubuhan berdaftar, menjadikan organisasi komuniti lebih teratur dan berdaya saing.

Majlis itu turut disertai pameran agensi, gotong-royong serta sesi libat urus bersama masyarakat, menonjolkan kerjasama rentas jabatan sebagai teras utama program Kampung Angkat MADANI.

Sumber: Jabatan Penerangan Sarawak

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok