KUCHING - Festival Muzik dan Seni Antarabangsa Sarawak (SIFMA) Edisi 6.0 akan diadakan pada 5 hingga 7 Disember ini di Kompleks DUN Sarawak, menampilkan persembahan 18 kumpulan dan artis dari dalam dan luar negara termasuk Vietnam, Indonesia, China, Filipina, Taiwan dan Thailand.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata festival anjuran International Music House itu turut mempersembahkan pertunjukan fesyen oleh pereka dari Hong Kong, Indonesia dan Semenanjung Malaysia, serta penyertaan artis dan pemahat tempatan termasuk Majlis Kraftangan Sarawak.
Katanya, SIFMA 6.0 akan menampilkan kelainan apabila memperkenalkan segmen pertunjukan fesyen yang menghimpunkan pereka antarabangsa.
Beliau berkata demikian pada sidang media SIFMA di Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back