• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

28 November 2025 | 07:17 PM

Sarawak Meterai MoU Integrasi SarawakPass-MyDigital ID

KUCHING – Kerajaan Sarawak hari ini memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) bagi mengintegrasikan SarawakPass dengan MyDigital ID, sekali gus memperkukuh agenda transformasi digital negeri.

Majlis pemeteraian yang turut disaksikan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, menandakan komitmen kerajaan negeri dalam membangunkan ekosistem digital yang lebih selamat, dipercayai dan efisien.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi, berkata integrasi ini akan menyelaraskan sistem identiti digital negeri dengan platform kebangsaan, selain memastikan akses yang lebih lancar kepada perkhidmatan kerajaan.

Menurutnya, usaha itu membolehkan pengguna SarawakPass dan MyDigital ID saling mengakses perkhidmatan digital kerajaan menggunakan satu identiti digital untuk tujuan pengesahan yang lebih mudah.

Langkah berkenaan turut dijangka meningkatkan keselamatan siber, mengukuhkan kepercayaan digital serta memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih inklusif kepada rakyat.

Dato Sri Julaihi berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis berkenaan di Kompleks DUN Sarawak, hari ini.

Sumber: Jabatan Penerangan Sarawak

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok