KUCHING - Bekas Ketua Pegawai Penerbangan dan Strategi MAHB, Megat Ardian Wira Mohd Aminuddin, dilantik sebagai CEO baharu AirBorneo berkuat kuasa 1 Januari 2026.
Pengerusi AirBorneo Holdings, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki berkata pengalaman luas Megat Ardian dalam pengurusan operasi penerbangan dijangka membantu memperkukuh pembangunan AirBorneo, yang kini berada di fasa akhir persediaan sebelum pelancaran operasi komersial.
Katanya, fokus utama pelantikan CEO AirBorneo itu termasuk strategi pengembangan, kesiapsiagaan operasi, keselamatan serta integrasi teknologi digital.
Datuk Amar Mohamad Abu Bakar berkata demikian di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.
Sumber: Unit Komunikasi Awam Sarawak - UKAS
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back
BILIK BERITA CATS
28 November 2025 | 07:13 PM