SARATOK – Dua individu tempatan ditahan kerana disyaki menjadi keldai akaun bagi sindiket penipuan berasingan, membabitkan kerugian RM27,000.
Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie dalam kenyataan hari ini berkata suspek pertama, seorang wanita 23 tahun, dipercayai menerima RM23,511 hasil penipuan panggilan terhadap seorang lelaki di Kuala Lumpur.
Manakala suspek kedua, lelaki 33 tahun, akaunnya disyaki digunakan untuk penipuan pinjaman tidak wujud berjumlah RM3,520 terhadap seorang lelaki di Serian.
Katanya, kedua-dua individu ditahan secara berasingan dan akan dituduh di Mahkamah Majistret Saratok pada 12 Disember ini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
DSP Mathew menasihati orang ramai agar berhati-hati dengan transaksi kewangan dan tidak membenarkan akaun peribadi digunakan pihak ketiga.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back