• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

28 November 2025 | 05:36 PM

Royston Seru Pendekatan Holistik Bendung Dadah Di Sarawak

KUCHING – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine menegaskan usaha membanteras penyalahgunaan dadah di Sarawak perlu dijalankan secara menyeluruh, termasuk penguatkuasaan undang-undang, pendidikan, pencegahan dan kerjasama rentas agensi.

Tegasnya, sokongan PDRM, agensi kerajaan, sektor swasta dan badan bertanggungjawab seperti Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), PEMADAM, SKUAD Antidadah dan One-Stop Committee (OSC) penting bagi memutus rantaian penagihan di peringkat komuniti.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada PDRM Sarawak, khususnya Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), yang mencatatkan 11,315 tangkapan dari 1 Januari hingga 16 November, termasuk 584 pengedar dadah.

Jelasnya, tindakan tegas terhadap pengedar lebih berkesan kerana mereka punca utama penularan dadah.

Beliau berkata demikian semasa perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (2026) di Dewan Undangan Negeri Sarawak, semalam ketika membangkitkan isu rakyat di kawasannya.

Menurutnya, penagih memerlukan rawatan di bawah AADK, manakala penangkapan pengedar strategi untuk mengekang bekalan dadah di akar umbi.

Beliau turut memuji komitmen AADK Sarawak dalam Operasi Cegah Khas dan serbuan di kawasan panas penagihan.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok