• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

28 November 2025 | 03:18 PM

Yayasan Bintulu Port Sumbang RM200, 000 Kepada LAKMNS

KUCHING - Yayasan Bintulu Port menyerahkan sumbangan RM200,000 kepada Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) bagi menyokong pembangunan, pengimarahan masjid dan aktiviti kebajikan di Sarawak.

Penyerahan ‘mock cheque’ disampaikan oleh Pengurus Besar Yayasan, Puan Malihah Haji Toh, kepada Premier Sarawak merangkap Pengerusi LAKMNS, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, pada Mesyuarat Ke-57 Ahli Lembaga Amanah LAKMNS.

Timbalan Menteri Ekonomi Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib, turut hadir bagi memantau agenda mesyuarat yang membincangkan laporan kewangan, perkembangan projek, pelaburan serta perancangan tahun hadapan bagi memperkasa fungsi dan tadbir urus LAKMNS.

LAKMNS memainkan peranan penting dalam mengurus masjid, tanah perkuburan, pendidikan awal kanak-kanak melalui Tadika Tahfiz TATTARY, dan pengurusan jenazah di Kompleks Raudhatul Sakinah.

Dato Hanifah berharap sumbangan itu dapat memperkukuh institusi tersebut dalam usaha meningkatkan kebajikan, pendidikan dan pembangunan masyarakat Islam di Sarawak.

Sumber: fb Hanifah Hajar Taib

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok