• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

28 November 2025 | 02:43 PM

Ribut Tropika Senyar: Seluruh Negeri Dikerah Bersiap Sedia, 2,000 Anggota Turun Padang

PUTRAJAYA - Kerajaan mengaktifkan sepenuhnya operasi kesiapsiagaan di seluruh negeri susulan Ribut Tropika Senyar yang mendarat di pantai Selangor–Negeri Sembilan pada 12.30 tengah malam tadi, meskipun sistem itu kini diturunkan status kepada tekanan rendah.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, 14 Pusat Kawalan Operasi Negeri dan 198 pusat di peringkat daerah telah dibuka, memastikan tindakan pemindahan, penyelamatan serta penyampaian maklumat dapat dibuat tanpa kelewatan.

Lebih 2,000 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia digerakkan untuk rondaan dan pemantauan di kawasan berisiko banjir, ribut dan ombak besar, bersama aset penting seperti bot penyelamat, ambulans, kenderaan 4x4, pam air mudah alih dan dron.

Bagi memastikan kebajikan mangsa terjamin, kerajaan turut menyediakan stok kecemasan awal merangkumi lebih 30,000 pek makanan retort, hampir 90,000 unit C-Tent dan lebih 31,000 kot makanan.

Ahmad Zahid mengingatkan penduduk terutama di kawasan berisiko supaya mematuhi arahan pemindahan, mengelak aktiviti laut serta memastikan beg kecemasan sentiasa tersedia. Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh mencetuskan panik.

Beliau menegaskan kerajaan akan terus memantau situasi secara rapi, dengan semua agensi berada pada tahap kesiapsiagaan penuh demi keselamatan rakyat.

“Saya sendiri mengikuti perkembangan secara langsung untuk memastikan tindakan segera dapat dilaksanakan,” katanya.

Sumber: BERNAMA

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok