• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

27 November 2025 | 06:56 PM

Andmesh Kamaleng Temui Peminat Di Kuching Malam Esok

KUCHING - Penyanyi terkenal Indonesia, Andmesh Kamaleng bakal menghiburkan peminat di Sarawak menerusi konsert penuh istimewa ‘A Night With Andmesh Kamaleng’ di Stadium Perpaduan, Kuching, malam esok.

Konsert anjuran Wazai Creative Solution (WCS) dengan sokongan Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, turut menarik peminat muzik dari Semenanjung Malaysia, Sabah, Brunei dan Indonesia dengan lebih 3,500 tiket sudah terjual.

Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Snowdan Lawan berkata penganjuran konsert bertaraf antarabangsa itu secara tidak langsung merancakkan industri kreatif negeri dan menarik lebih ramai pengunjung ke Sarawak.

Bercakap pada sidang media Konsert ‘A Night With Andmesh Kamaleng’ di Star On Stage, hari ini, beliau berkata kerajaan Sarawak sentiasa memberi sokongan terhadap penganjuran acara seni dan muzik yang mampu memperkukuh industri kreatif tempatan serta menjadi platform pertembungan budaya serantau.

Sementara itu, Andmesh, yang turut hadir pada sidang media berkenaan, melahirkan rasa teruja untuk bertemu peminat di Sarawak dan berjanji memberikan persembahan terbaik pada malam esok.

Konsert ‘A Night With Andmesh Kamaleng’ merupakan konsert pertama Andmesh di Borneo dan yang turut menampilkan artis terkenal dari Sarawak & Sabah iaitu Hairie Francis, Ramles Walter, Gretchen Quirina dan Ryenald Guntabid.

#BilikBeritaCats #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2025

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok